LOGO RASMI

LOGO RASMI
HAK Cipta Terpelihara

BANNER RASMI-FRANCAIS

BANNER RASMI-FRANCAIS
Kami dapati ada pihak yang tertentu telah cuba untuk mencetak rompak produk kami serta mengunakan LOGO secara tidak sah dari segi undang undang maka pihak kami telah menukar Reka Bentuk Banner Resmi dan Selogan seperti yang tetara pada setiap bahan iklan juga Perkataan Slogan yang terdapat pada banner tersebut telah di buat pindaan Selogan Baru kami ialah ''Best Of The Best",Original Recipe" Since 1989",PENANG FAMOUS,BAYAN BARU GROUP" serta Seal Crest yang tertara "DI JAMIN ASLI DAN MEMUASKAN" 100%,FRANCAIS sekian harap maklum

Penang Char Koay Teow Original recipe

Penang Char Koay Teow  Original recipe
Resepi Kami

Friday, November 28, 2008

Oleh itu, Tuanpunya Pengusaha telah menawarkan sistem Franchise: “KING” Char Koay Teow kepada Pengusaha Bumiputra yang berminat utuk menjadi agen pemasaran mengikut daerah dan kawasan yang tertentu melalui Ejen Negeri yang dilantik bagi melaksanakan program perniagaan ini. Matlamatnya ialah berkongsi perniagaan dengan cara pembekalan bahan asas iaitu ‘KICAP’ dan mengajarkan teknik memasak dan menggoreng bagi memperolehi kualiti yang “standard” dan sama citarasa (“Original Taste”). Dengan cara ini, pelanggan tidak tertipu apabila berjumpa dengan mana-mana gerai makanan yang menggunakan nama “KING” Char Koay Teow. Matlamat ke dua Tuanpunya resepi ini, ingin membantu Bumiputra memajukan perniagaan mereka dan segala ilmu pengetahuan beliau dapat dikongsi bersama disamping memperolehi sedikit keuntungan bersama. Sasaran utama Tuanpunya ialah Pengusaha makanan secara kecil-kecilan yang terdapat di warong, gerai serta pasar malam dan di pinggir restoran besar di seluruh Semenanjung Malaysia. Matlamat Pemilik Franchise “KING” Char Koay Teow telah terdapat di lokasi setiap pasar malam/pasar tani/pasar minggu di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sistem Francais tersebut hanyalah meliputi pembekalan “Resepi Asas” (Basic Recipi) ia itu ‘KICAP’ yang dibuat sendiri oleh Pemilik Franchise setelah melalui beberapa proses perjanjian serta mematuhi syarat-syarat serta garis panduan yang tertentu seperti di bawah ini:

Proses persiapan seperti di bawah:

1. Perkakas dan alat memasak
2. Bahan mentah
3. Kicap (Francais)
4. Teknik memasak / menggoreng
5. Persiapan bahan mentah sampingan
6 Pemasaran tertakluk kepada kawasan yang dibenarkan
7. Costing pengeluaran
8. Yuran Francais / belajar memasak (RM 100.00 seumur hidup)
9. Pembekalan “Banner Iklan” (Rm.70.00)


1.0 Perkakas dan alat memasak

1.1. Dapor jenis pressure
1.2. Belanga atau kuali besi jenis dua telinga (size 16 inci)
1.3. Sudit besi yang telah diubah suai (Besar)
1.4. Bekas cili (Pasu size 5 Inci)
1.5. Bekas bawang (Pasu)
1.6. Bekas kicap (Pasu)
1.7. Bekas minyak yang bertutup (pasu atau stainless steel)
1.8. Bekas taugeh (Palstik atau PVC)
1.9. Bekas kucai (Plastik)
1.10. Bekas koay teow( Stainless steel)
1.11. Bekas (flask) untuk udang
1.12. Bekas (flask) untuk kerang
1.13. Sendok kecil untuk cili boh
1.14. Sendok kecil untuk kicap
1.15. Sendok kecil untuk minyak masak


2.0 Bahan Mentah

2.1. Kicap (Pembekalan Francais)
2.2. Koay Teow jenis untuk di goreng
2.3. Bawang putih yang di kisar halus
2.4. Minyak masak
2.5. Cili boh Jenis AAA atau Super A yang tidak dicampur dengan ubi
2.6. Udang size sederhana
2.7. Isi kerang
2.8. Taugeh
2.9. Kucai
2.10. Kepala udang
2.11. Kacang tanah
2.12. Lobak masin
2.13. Cili jerok (Cuka,gula,garam dan air suam)
2.14. Telor size “B” atau “A”


3.0 Kicap ( Francais)

Dalam proses penyediaan “KING” Char Koay Teow ini, ‘KICAP’ merupakan resipi yang terpenting dalam pembuatan Char Koay Teow dan kicap ini sahaja yang dapat memberikan rasa yang paling asli (original). Komponen serta bahan-bahan campuran terdiri daripada kicap-kicap serta bahan tempatan dan juga import. Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu “Siap Guna” dan “Ibu Kicap”


3.1. Siap Guna (Rm 30.00 setiap 4.5 liter tidak termasuk kos pengangkutan dan yuran francais ).

“Kicap Siap Guna” ini telah dibancuh dari Ibu Kicap. Kuantiti setiap satu tong plastik ialah satu liter. Mencukupi untuk menggoreng 100-120 pinggan koay teow. Ianya dibekalkan dalam keadaan siap dan boleh terus digunakan. Sekiranya rasa kicap ini kurang masin dan mahukan sedikit kemasinan hendaklah campurkan sedikit garam. Begitu juga sekiranya rasa kicap ini terlalu masin maka hendaklah dicampurkan sedikit air panas yang mendidih.


3.2. Ibu Kicap (Rm 130.00 setiap 4.5 liter grad AA++) Tidak termasuk kos yuran francais dan pengankutan.

“Ibu Kicap” adalah “Kicap Siap Guna” yang dipekatkan bagi tujuan mudah untuk disimpan dalam peti sejuk dan untuk simpanan stok. Sukatannya ialah: Nisbah air Panas dengan Ibu Kicap ialah 1:4 ( satu Ibu dicampor empat air panas)kegunaan untuk 600 pinggan



Nota:
1.Kicap “Siap Guna” dan “Ibu Kicap” hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk dan hendaklah dipanaskan jangan sampai mendidih apabila hendak digunakan. Tidak boleh berada di luar peti sejuk melebihi 12 jam.
2.Bagi pengusha yang ingin menggunakan kicap kami tetapi tidak menjadi francaisor yang bernaung dibawah LOGO kami adalah di alu alukanHarga kicap adalah RM 35 satu Liter(Pati Kicap)



4.0 Teknik Memasak

Kepada Pengusaha Franchise, Tuanpunya Franchise akan memberi krusus pendek selama dua jam untuk mengajar teknik memasak serta kawalan api yang terbaik bagi menghasilkan kualiti yang terbaik mengikut gred kicap yang digunakan. Sedikit bayaran dikenakan sebanyak Rm 50.00 kos mengajar. Tempat dan alat-alat serta bahan mentah kecuali kicap hendaklah di bekalkan / disediakan oleh Pengusaha baru. Wakil Pemilik Franchise akan pergi ke tempat Pengusaha Franchise hanya dalam jarak 30 km dari Bandar Rawang, Selangor dan mengajar mengikut teknik yang betul dan selari dengan Pengusaha Francaisor yang lain.



4.1 Cara memasak

Panaskan minyak lima sudu (api kuat). Masukkan udang tiga ekor dan goreng setengah masak. Perlahankan api dan buangkan minyak yang berlebihan dalam kuali. Masukkan bawang putih (satu sudu) kuatkan api, masukkan taugeh, koay teow, kerang, kucai dan cili boh. Kuatkan api dan gaulkan dengan sudit kesemua campuran tersebut selama 15 saat .Tolak koay teow ke atas dan pecahkan telor di
1. Perkakas dan alat memasak
2. Bahan mentah
3. Kicap (Franchise)
4. Teknik memasak / menggoreng
5. Persiapan bahan mentah sampingan
6 Pemasaran tertakluk kepada kawasan yang dibenarkan
7. Costing pengeluaran
8. Yuran Francais / belajar memasak (RM 300.00 seumur hidup)
9. Pembekalan “Banner Iklan” (Rm.70.00)tengah kuali dan akhir sekali, masukkan kicap dan padamkan api… siap untuk dimakan. Jumlah jangka masa memasak setiap pinggan ialah 45 saat sahaja.

5.0 Cili Boh adalah Grea AAA atau Super A /Penyediaan ramuan resipi KOAY TEOW di berikan percuma

Nota: Cili boh yang murah yang banyak camporan tidak sesuai untuk Kicap KING Char Koay Teow‘

6.0 Pemasaran

Buat masa ini, Pengusaha Franchise “KING” Char Koay Teow masih terbuka untuk kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan .Kedah,Melaka,Johor,Terangganu,Kelantan . Syarat-syarat kawasan ialah seperti berikut:

6.1. Tapak Pasar Malam/ Pasar tani yang belum di pasarkan.
6.2. Boleh memilih mana mana tapak yang belum ada pengusha Franchise ‘KING Char Koay Teow.
6.3. Konsep’Siapa datang dulu Dia Dapat ( First Come First Serve)


7.0 Kos Pengeluaran

Kos pengeluaran terbahagi kepada tiga jenis:

i. Kos tetap
ii. Kos pengeluaran setiap 30 pinggan Char Koay Teow
iii. Kos pengangkutan

i. Kos tetap.
(Khusus bagi Pengusaha baru)

Kos Tetap yang melibatkan
1) Alat dan perkakas, payong, kerusi, meja, yang merupakan aset susut nilai.
2) Sewa premis perniagaan.
3) Bil lampu atau minyak generator.
4) Pekerja
ii. Kos Pengeluaran
(Basic production cost)

Kos ini adalah kos harian yang perlu bagi pengeluaran makanan tersebut.
Bagi setiap 30 pinggan dengan harga Rm 3.50 sepinggan.

1. Telor 30 biji (Gred B) Rm 8.00
2. Koay teow (4 Kg) Rm 6.00
3. Udang (3/4 Kg) Rm 8.00
4. Isi Kerang Rm 2.00
5. Taugeh Rm 2.00
6. Cili boh Rm 1.00
7. Bawang putih Rm 1.00
8. Kucai Rm 1.00
9. Kicap Rm 8.00
10. Minyak masak Rm 3.00 +gas
Jumlah kos pengeluaran Rm 40.00

Nilai jualan setiap 30 pinggan = Rm 105.00 @ Rm 3.50. Untung kasar Rm 65.50. Sekiranya kita mengupah tukang masak, kita mampu membayar Rm 30.00 setiap 30 pinggan atau Rm 1.00 setiap pinggan. Menjadikan untung bersih harian ialah Rm 28.00 setiap 30 Pingg
an.

8.0 Yuran Francais / belajar memasak (RM 300.00 seumur hidup)

Yuran menjadi ahli Pengusaha Franchise hanyalah Rm 500.00 seumur hidup dan yuran ini termasuklah pembiayaan bagi:

1. Kos Tenaga mengajar teknik memasak bagi Pengusaha yang baru di kawasan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
2. Kos mengajar cara membuat cili boh yang sesuai.
3. Kos pengangkutan tenaga pengajar.
4. Pemberian percuma satu liter “Kicap Siap Guna”.

Nota:
Semua bahan mentah dan perkakas untuk memasak dalam siri pembelajaran adalah tanggongjawab Pengusaha Francais.Sekiranya belajar melalui VCD ianya percuma.

Yuran Francais tahunan sebanyak Rm 350.0 setiap tahun sekiranya ingin mendapat bantuan publisiti atau pengiklanan melalui

1. surat kabar
2.Internet/email
3.Banner/Poster menu
4.Pembekalan Bahan dan Alat pengiklanan dan publisiti di tapak perniagaan dan laman web resmi atau laman web yang lain

Banner,Poster,,Menu.Banting yang Original dibekalkan oleh Tuanpunya Francais tetapi dikenakan bayaran yang tertentu mengikut kualiti,size Sekiranya Pengusaha Francais ingin memiliki size banner mengikut cita rasanya sendiri, ianya dibenarkan tetapi reka bentuk hendaklah dari yang asal dan bayaran dikenakan Rm 50.00 tiap satu kaki persegi.sementara bahan bahan yang sedia ada dalam simpanan di bekalkan kepada pengusha adalah di subsidikan..

Bahan sedia ada

1 Banner sixe 10 kaki x 3 kaki

2. Banner size 6 kaki x 2 kaki

3.Poster sixe 24 inci x 12 inci

4.Poster sixe12 inci x 18 inci

5.Menu sixze 8 inci x 6 inci

6. Banting size 2 kaki x 4 kaki

Kuantan -Out-Let

Kuantan -Out-Let
Jalan Alor Papan ,Kempadang Kuantan Pahang

Pelancaran Out-Let KUANTAN -PAHANG

Pelancaran Out-Let KUANTAN -PAHANG
Pembukaan Resmi Out-Let KUANTAN PAHANG pada 29 April 2010 Lokasi di LOT 7147,ALOR PAPAN,KEPADANG,Kuantan Pahang (Sila Rujuk Peta)

KULAI AGRO TOURISM-JOHOR

KULAI AGRO TOURISM-JOHOR
Kini satu Out-Let Lagi Di buka bertempat Di-KULAI AGRO TOURISM,Jalan Kulai Kota Tinggi (Sebelah PETRONAS Kulai)

MUAR-JOHOR 1st.Out-Let

MUAR-JOHOR  1st.Out-Let
Pembukaan Resmi Out-Let Pertama yang terletak di GERAI Makan/ Medan Selera,SEROM UTAMA,MUAR,JOHOR

Pasar Malam: BANDAR PUTRA,Kulai Johor

Pasar Malam: BANDAR PUTRA,Kulai Johor
Kini Peminat Penang :Char Koay Teow" yang tinggal di sekitar Bandar Putri,Kulai Johor Boleh menikmati resipi ini di Pasar Malam tersebut Pada setiap Hari Jumaat

Pasar Malam : INDAHPURA, Kulai Johor

Pasar Malam : INDAHPURA, Kulai Johor
Satu Lagi Out-Let Pasar Malam Di INDAH PUTRA, Kulai Johor pada setiap hari Isnin

Pasar Malam: SALENG, Kulai Johor

Pasar Malam: SALENG, Kulai Johor
Kini Char Koay Teow Penang juga Terdapat di Pasar Malam, SALENG ,Kulai JOHOR Setiap Hari Khamis

"HENTIAN BAS" Sabak Bernam

"HENTIAN BAS" Sabak Bernam
Francais kami yang berpusat di Sungai Besar Telah Menbuka OUT-LET yang Keduanya Di HENTIAN BAS ,Sabak Bernam,Selangor

Kelantan 1 st. Out-Let (Tanah Merah )

Kelantan 1 st. Out-Let (Tanah Merah )
Beralamat di "Warong Citarasa"Hadapan S.K Tanah Merah 1,Tanah Merah Kelantan. tepi Jalan Besar

Simple Street,Johor Baru

Simple Street,Johor Baru
Simple Street Johor Baru.Berhadapan Hotel Selesa(dahulu Grand Continental Hotel)

Francaisor di Kulai Johor

Francaisor di Kulai Johor
No,13,Gerai MPKU.Batu 19,Jalan Raya Besar,Kulai Johor

Jalan Bunga Matahari, Sungai Besar

Francais kami Di Sungai Besar Selangor

Francais  kami Di Sungai Besar Selangor
Jalan Bunga Matahari,45300,Sungai Besar,Selangor

Koay Teow King -Mobile Stall

Photo Lokasi Francais

www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos and videos from koayteowking. Make your own badge here.